Tuesday, June 1, 2010

...

Hari nie hari isnin. Hari yang paling mem'boring'kan bagi individu yg bekerja. Almaklumlah, after cuti weekend. Tapi pada aku, hari2 kerja. House manager lah katakan. Siang malam kerja. Tambahan ade anak kecik, bukan buleh tidur lena. Sejam atau 2 jam sekali mesti terjaga. Kalau bukan sebab lapar, panas ataupun angkara anjing meon yang berkaraoke waktu mlm hari. Nasib baik bukan jiran aku, kalau tak dah lama ku racun bagi senyap terus. Mengganggu-gugat ketenteraman awam. Kalau ade akta yang mengatakan anjing xleh wat bising lebih 10 minit kan bagus. Pakat ramai2 penghuni di kejiranan ni menyaman bos anjing meon tu. Kalau tak mampu pasang lawyer, bagi anjing tu makan telur rebus. Letak jarum peniti dlm telur tu. Kompom cekik, baru puas hati.
Akibat tak dapat tidur yg berkualiti setiap hari, pagi td leh terjaga pukul 7.05. Terkejut biawak terus terduduk. Sekali tgk tingkap terang daaa. Aik,senyap aje bunyi kat umah nie. Rupenye Baba Dee tak bangun lagi. Cam taknak pi kerja aje. Dengan penuh kesopanan dan kesusilaan aku menggerakkannye.
"Abang tak nak pergi kerja ke?"
Jawapan yang mengkagumkan dari Baba Dee:
"Hari ni hari ape?"
Cit, ade ke patut tanye aku balik..
"Isnin bang"
Dengar aje jawapan dari aku lari pecut pi mandi. Nasib baik baju dah siap iron mlm sebelumnyer..Moralnyer di sini, jgn asyik tidur lambat.

 Baba Dee kat. Beijing Mac 2010

Duduk kat umah ni ade masenyer tak berkembang. Terperap aje, sibuk ngan anak2 yg masih kecil. Kadang2 tertekan gak, tapi yg penting kena jaga emosi. Impian.....wat mase nie impian aku nak join bengkel wat benda alah nie....
 Faux Cake, yummy

Lawakan, cam leh makan. Kalau nak makan try lah. Mau gugur gigi kokak simen nih...

Saturday, May 29, 2010

New Update

Assalamualaikum and selamat sejahtera. Lama rasenyer tak menambah cite dlm blog ni.. Busy melampau ngan family. Nak biase diri dgn environment anak 2 laki 1 nih.
Tak tau nak story ape. Sume sihat2 belaka. Aku aje yang rase kureng sket. Kekadang waktu pagi rase mereng2. Siang tak dpt tido, mlm plak selalu terkejut dr lena. Anak yg bongsu nangis kebulur.. Bila tido tak berkualiti, kompom emosi terganggu.Mula nak tukar jadi incredible hulk. Setan pun main peranan. Tapi yg penting, kontrol perasaan. Aku tak nak kuar tv plak, jd mak yg mendera anak.
Eryna skarang dah nak dekat 2 tahun (baru 22 bln). Tgk dah banyak improvement. Pandai panggil adik dia terutama sekali bila Baba Dee balik kerja. Mase tu dia menjadi kakak yg baik. Berlakon depan babah.. Usap kepala lah, cium pipi lah. Besar nanti tak tau camne. Sambung puzzle pun pandai. Yang penting, kompom menari bila lagu Stacy tayang kat tv..Jangan suatu hari nanti masuk AF sudah..
 sweet smile

Farhana plak membesarkan badan. Sekarang umur 5 bln dah 8.8kg. Tersenget aku memdukungnyer. Memang lenguh tangan bila bawak dia gi ronda Tesco..tapi sayang anak nyer pasal, hangkut ajelah. Takkan nak tinggal. Kang tinggai anak, mak nyer kena tinggai kat umah sekali. Buringggggggggggg
see my drumstick

Friday, March 19, 2010

...

Hari nie dah Jumaat. Maybe besok aku balik ke Penang. Baba Dee dah selamat sampai. Tapi still melepak kat KL, umah kawan dia. Ngantuk sangat rasenye. Petang nanti baru bertolak ke Teluk Intan.
Sedih pulak rasenyer nak tinggalkan kampung halaman. Tak tau bile nak balik lg. Kena tunggu bos free, baru boleh buat projek. Semenjak aktif berbisnes, makin kurang masa  yang dibuang pada aku dan anak-anak. Nak buat camne, cari rezeki utk keluarga tercinta. Kalau kite ni keturunan Uncle Lim tokeh kat Genting Highland tu, buleh lah goyang kaki. Tunggu duit bergolek datang. Sekadar insan biasa, kenalah sabar. Apa yang penting, KERJASAMA...
Nanti tinggallah opah ngan atuk kat umah tu. Ada pak sedara, tapi mcm tak wujud aje kat umah tu. Perlu diabaikan saje individu itu. Biar dia dengan alam fana nyer. Ape yg aku tahu, Eryna mcm kat heaven aje lepak kat situ. Rumah besar, senang nak berlari2 anak.Mak sedara ade, pak sedara ade, onyang pun ade. Naik lemak dah sekarang. Kalau xde sape nak layan,merengeklah die. Mengalahkn budak yg kecik sangat. Bila siang seronok sangat, malam kompom mengigau. Letih gak aku dibuatnye.

 nak serap vitamin waktu pagi

besar tak perimeter yang boleh Eryna jelajahi

Thursday, March 18, 2010

Teluk Intan, My Lovely Hometown

Pasti korang tau nama Teluk Intan.Eleh, yang ada Menara Condong macam kat Pisa tu. .Tapi tahukah korang dari mana datangnyer nama Teluk Intan tuh. Asalnya dari nama seorang janda cun melecun. Consider peneroka kawasanlah. Jadi nama zaman dulu Pekan Mak Intan. Kebetulan pulak tempat nie merupakan kawasan pertembungan antara Sg Bidor & Sg Perak. Jadi banyak gak saudagar buat bisnes kat sini. Bisnes dulu2 lah. Bukan MLM mcm Baba Dee buat sekarang. Lepas tu datanglah orang putih kat Pekan Mak Intan. Tukar pulak nama jadi Teluk Anson (macam bagus aje org putih ni. karate kang baru tau. nasib baik dah arwah).
Mase tu Menara Condong pun dibina. Datang lak orang Jepun (yang buat cat nippon paint tu) buat kacau. Gaduh sane sini. Sepak terajang sikit siap potong kepala, dia pun menang. Take over menara ni buat menara kawalan. Nak usha orang jahat kononnyer. Dia pun sama jahat gak.
Pastu bila Jepun kalah, menara ni tukar jadi tempat simpanan air. Dalam masa yang sama jugak jadi 'time keeper'. Setiap jam mesti berbunyi. Kira memberi manfaat kat orang yang jamnyer rosak lah. Jadi nama glamer menara ni 'Jam Tinggi'. Tapi mase dulu arkitek yg bina menara ni elok aje design tegak2. Sekali banjir besar berlaku, dah tersenget sikit. Asalnye tapak menara ni tempat laluan kapal. Tapi dah kambus, bina lak menara. Jadi senget camni lah...

Ade macam menara Pisa tak!!!

Nak tau ape yang ade kat Teluk Intan sekarang. Terutama kat umah mak aku. Ni dia...

2 ekor makhluk Allah

Itu kat umah mak aku..kat umah opah aku pulak
Dua orang anakanda yang tersayang

Yang penting, rindu sangat kat Baba Dee. Bila nak balik dari Beijing nih!!!

I luv u all!!!

Tuesday, March 16, 2010

Beijing, Dimana Suamiku...

This week, aku menghabiskan masa cuti sekolah kat kampung. Ape lg, kat Tk Intan lah. Suami ku yang tersayang pi Beijing. Rombongan orang2 kaya Hai-O Marketing. Adalah dalam 5 hari kat sana. Dah lah phone tak buat rooming. Nak call pun tak leh. Merana jiwa aku. Kacau gak dibuanyer. Tapi kalau seminit cas RM5, kompom nak call pun tak lalu. Sabar ajelah. Tunggu jumaat ni baru menjejakkan kaki kat Malaysia, bumi bertuah. Pos kami bertiga balik kampung. Susah hati pulak tinggalkan anak bini kat Penang. Kang jadi ape2, takde orang tua nak mintak tolong.
Before balik kg, aku menghabiskn masa ujung minggu memenuhi keinginan adik ipar tersayang yg teringin mencekik kek batik. Preparekan bahan dan radas, dialah yg memasaknye. Aku jadi mandur, mcm kat tapak binaan tuuuu
Inilah hasil kreativiti aku n Wana

Selain tu, ade gak try buat kek coklat. Walaupun rase tak maveles, yg penting presentation mengancam...

Lawa tak???

Selain tu adik aku yg skarang ni stay kat Alor Setar datang umah aku. Saje menghabiskan mase terluangnyer, membuang mase kat anak aku. Maybe rindu kat anak buah. Mase aku bersalin Farhana, die gak meneman mlm pertama kat wad. Bertuah aku dapat adik macam ni. Sebelum dia datang, aku order seketui tudung buat Eryna. Dah mula nak bergaya. Tonggang tonggek tiru aku n Baba Dee semayang.

Angkat takbir

Gadis ayu

Saturday, February 20, 2010

Perubahan Kelakuan

Memang menjadi lumrah bagi setiap individu tidak kira tua atau muda, kecil atau besar, pasti akan mengalaminya. Terpulang pada diri utk bersedia mengalami perubahan tersebut dan yang pastinya akan mengambil masa. Sekejap atau lama, itu tidak pasti.
Aku, Baba Dee dan Eryna juga begitu. Kehadiran cahaya cinta aku yang kedua memberi impak yg besar terhadap keluarga kami. Memang impaknya besar kerana saiz anak ku juga besar. Siapa sangka dengan saiz badan aku yang kecil dan kurus, sekali beranak besar la pulak. Nak kata kencing manis, tak dak. Makan banyak pun tak dak. Cuma suka makan aiskrim waktu lapan bulan ke atas..Effect dari itu kot. Nak wat cam na, rezeki Allah swt. Yang pasti, kehadiran Nur Dalila Farhana menambahkan keceriaan keluarga kami.
Nana sewaktu 1 bln (4.5kg)

Nana 2 bln (6kg)

Eryna pulak dengan perangainya. Sebelum dapat adik, tak pandai merengek. Sekarang ni sikit-sikit nak mengamuk. Letih sungguh melayannya. Aku sendiri naik angin dengan perangainya. Dulu aku tak suka nak marah Eryna, skarang ni cepat berangin. Memang terpaksa tahan sabar. Tambahan pula anak kalau dah berumur sethn lebih memang semula jadi buas. Memanjat mejalah, nak korek idung adiklah, pergi dapur nak usik itu ini. Aku pun rasa macam nak bertukar jadi Incredible Hulk. Tapi tak sempat bertukar sebab fikir balik buruk pulak rupa aku dengan keadaan hijau macam alien ditambah pula pakaian koyak rabak. Memang meletihkan bila tak cukup tidur. Kena tunggu anak dah setahun lebih, baru leh tidur sedap sket. Bayangkan continue sejak beranak kan Eryna thn 2008 samapi 2010..Mata putih pun dah banyak garis merah. Dracula punya mata pun lawa lagi. Naib baik waktu berpantang di kampung ramai yang menolong. Atuk, Opah, Mak, Yah, Arah, Ica, Didah, Didi, Alin, Apiz n Makde.. Thanks a lot to u guys...
Tapi yang penting, mesti pandai adaptasi keadaan. Eryna pun sejak dapt adik, mula panjang akal. Nak buka pampers adiklah, bagi susu lah, nak hayun buaian. Siap nyanyi du du du.. Cakap pun bahasa yg dia faham sendiri..Nak tengok bukti, silalah.....

Feeding beby tipu

Friday, February 19, 2010

Fever and Hot Day

Hai..lama tak menambah cerita kat sini..Busy sejak anak 2 nie..Kelam kabut nak menyesuaikan diri dengan penambahan ahli keluarga. Sebelum nie stay kat kampung aku.. Mana lg klu bkn Teluk Intan The Great lah..Habis pantang aje balik Penang. Bukan buleh tinggal laki lama2. Kesian hidup membujang. Mkn pakai tak terjaga.
Panas sungguh hari ni...tapi alhamdulillah berangin sikit..Nak buat camne, dah musin monsun timur laut. Memang bhgn pantai barat Semenanjung M'sia akan mengalami musim kering, effect dari El Nino. Yg pastinya, keadaan ini akan berterusan sampai Mac. Ditambah pula dgn keadaan anakanda yg sedang gering. Maklumlah, smlm pi klinik. Kena cucuk pulak. Apalagi, demamlah. Mulalah gelisah aje. Semua serba tak kena..Mama dia apalagi, mcm lipas kudung layan karenah anak..Baru 2 org. Kalau ramai kompom pengsan dah....

Adik 6kg ; Kakak 8.6kg

Monday, December 28, 2009

Little Princess

This is my new little princess. Nur Dalila Farhana. 3.81kg. Delivered on wednesday, 16 Dec 2009 5.20pm at Hospital Daerah Teluk Intan, Perak.

Sunday, November 15, 2009

Cuti Sekolah Kembali

Pak pong pak pong bunyi kompang...Itupun kalau ada kompang...Zaman sekarang ni pasang lagu aja, upah sorang DJ dimajlis perkahwinan..Nak meriahkan suasana kononnya..Tandanya cuti sekolah kembalilah...Kalau buat kenduri kawen bukan time cuti sekolah, tak banyaklah hadirin hadirat yang dtg.Malang sungguh sape yg buat kenduri time bln Nov & Dec ni..Almaklumlah, musim ujan & banjir..Haru biru dibuatnya..Tapi kalau dah takdir nak wat camne..Redah ajelah....

 Kenduri kat Tk Intan

Bila tengok orang lain kawen, teringat plak zaman kawen aku..Meriah gak..Jumpa sanak saudara yg kenal & tak kenal. Kena melayan tetamu..Tapi bab salam ramas dapat duit tu yang syok..Mase tu dekat RM1k gak dapat. Duit tu dapat cover separuh duit kenduri.Save budget gaklah..Aku ni consider dah lama kawen tak jugak..ada dekat 2 thn lebih..Anak pun nak masuk 2. This week dah 35..Hari tu pi urut, mak bidan cakap baby memang dah ready. Parking baik punya. Perut aku dah start cekang masuk 3 minggu. Nurse pun bagitau dah padat. Sbb tu asyik cekang bila baby buat adegan akrobatik. Sakit gak, tapi nak wat camne..Tahan ajelah labu. Consider bagus gak timing aku nak beranak ni. Time cuti skolah..Kompom Baba Dee sentiasa berada di bawah ketiak aku. Taklah takut sangat. Bukan ape, risau my lil' princess aku yg sedia ada nie wat hal..Aku gak yg pening.
Mase aku kawen dulu barang hantaran mak aku yg settle..Jenis tangan yang buat ape pun jadi. Tak yah menempah kat orang nak gubah barang hantaran. Baba Dee plak, kekanda dia yang settlekan..Lebih kurang cam mak aku nyer tangan..Dia ni ada bisnes wat kek, cup kek n gubah brg hantaran serta bunga.. Korang leh tgk kerja tgn dia tru her blog..Nak order pun buleh. Please visit her website. Kat bawah ni disertakan hasil kerja tgn my SIL
http://anacreatives.blogspot.com

Bila dah kawen apelagi, inilah hasilnyer...

Tengah sodap makan kek span Tesco

Wednesday, November 11, 2009

Hai-O Mineral Coffee

Hai-O Marketing telah mengeluarkan sejenis minuman kesihatan yang diberi nama Mineral Coffee. Ia diformulasikan dgn Garam Buluh berorganik dari Korea yang semulajadi, diadun bersama serbuk kopi segera Robusta yang mengharumkan. Adunan istimewa kopi ini bukan saja memberi kepuasan tetapi merupakan pembekal kepada pelbagai bahan mineral terutamanya Magnesium. Magnesium merupakan sumber mineral utk menggalakkan penyerapan & pengekalan kalsium.

Maklumat pemakanan (bagi setiap pek -12g)

Tenaga                       56Kcal
Karbohidrat                8.1g
Protein                         0.6g
Lemak                          2.4g
Magnesium                 6.1mg
Kolestrol                      0mg

Setiap kotak mengandungi 20 paket
Harga : RM 23.50

My Album