Saturday, February 20, 2010

Perubahan Kelakuan

Memang menjadi lumrah bagi setiap individu tidak kira tua atau muda, kecil atau besar, pasti akan mengalaminya. Terpulang pada diri utk bersedia mengalami perubahan tersebut dan yang pastinya akan mengambil masa. Sekejap atau lama, itu tidak pasti.
Aku, Baba Dee dan Eryna juga begitu. Kehadiran cahaya cinta aku yang kedua memberi impak yg besar terhadap keluarga kami. Memang impaknya besar kerana saiz anak ku juga besar. Siapa sangka dengan saiz badan aku yang kecil dan kurus, sekali beranak besar la pulak. Nak kata kencing manis, tak dak. Makan banyak pun tak dak. Cuma suka makan aiskrim waktu lapan bulan ke atas..Effect dari itu kot. Nak wat cam na, rezeki Allah swt. Yang pasti, kehadiran Nur Dalila Farhana menambahkan keceriaan keluarga kami.
Nana sewaktu 1 bln (4.5kg)

Nana 2 bln (6kg)

Eryna pulak dengan perangainya. Sebelum dapat adik, tak pandai merengek. Sekarang ni sikit-sikit nak mengamuk. Letih sungguh melayannya. Aku sendiri naik angin dengan perangainya. Dulu aku tak suka nak marah Eryna, skarang ni cepat berangin. Memang terpaksa tahan sabar. Tambahan pula anak kalau dah berumur sethn lebih memang semula jadi buas. Memanjat mejalah, nak korek idung adiklah, pergi dapur nak usik itu ini. Aku pun rasa macam nak bertukar jadi Incredible Hulk. Tapi tak sempat bertukar sebab fikir balik buruk pulak rupa aku dengan keadaan hijau macam alien ditambah pula pakaian koyak rabak. Memang meletihkan bila tak cukup tidur. Kena tunggu anak dah setahun lebih, baru leh tidur sedap sket. Bayangkan continue sejak beranak kan Eryna thn 2008 samapi 2010..Mata putih pun dah banyak garis merah. Dracula punya mata pun lawa lagi. Naib baik waktu berpantang di kampung ramai yang menolong. Atuk, Opah, Mak, Yah, Arah, Ica, Didah, Didi, Alin, Apiz n Makde.. Thanks a lot to u guys...
Tapi yang penting, mesti pandai adaptasi keadaan. Eryna pun sejak dapt adik, mula panjang akal. Nak buka pampers adiklah, bagi susu lah, nak hayun buaian. Siap nyanyi du du du.. Cakap pun bahasa yg dia faham sendiri..Nak tengok bukti, silalah.....

Feeding beby tipu

No comments:

My Album